Hud

Hud merupakan Penyanyi Nasyid Solo, Komposer, Penulis Lirik & Penerbit Lagu Nasyid, Zikir, Doa & Selawat di Malaysia! Hud merupakan artis baru dalam industri muzik hiburan islam di Malaysia. Aktif membuat persembahan pentas dan menerbitkan lagu nasyid, zikir, doa dan selawat sejak tahun 2010. Beliau berharap anda semua dapat memberi sokongan padu terhadap usaha beliau dalam menyumbang kreativiti seni muzik di dalam industri hiburan islam di Malaysia dan antarabangsa.

Beliau pernah muncul di kaca TV seperti di TV AlHijrah dan TV2 (RTM). Boleh klik link ini untuk menonton rakaman persembahan Hud di TV AlHijrah Maidatul Quran Episod 4 TV Alhijrah – Sesungguhnya. Lagu beliau juga pernah ke udara di stesen radio di Malaysia seperti IKIM FM, Sarawak FM & Nasyid FM.

Beliau pernah membuat persembahan pentas di hadapan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Wanita Pertama di Malaysia iaitu Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof bersempena Karnival Rahmah 2019 di Dataran Putrajaya pada hari sabtu 28 September 2019.

Beliau turut pernah diundang oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk membuat persembahan pentas sebaris dengan artis nasyid Malaysia iaitu kumpulan nasyid Rabbani di Majlis Aidilfitri Malaysia Madani di Dataran Merdeka pada hari sabtu 13 Mei 2023. Majlis tersebut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-10 Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim.

Banyak lagi pencapaian beliau di dalam industri nasyid di Malaysia. Oleh itu, beliau berharap karya beliau mampu menembusi sehingga ke pasaran muzik digital antarabangsa dan juga boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Berdakwah dalam lagu, dalam muzik, moga lebih ramai lagi mendapat manfaat, insyaallah.

Terima kasih di atas sokongan anda semua!

Boleh dengarkan karya-karya daripada Hud di link Youtube ini Youtube Rasmi atau di semua platform muzik digital pilihan anda.

Hud Official – Penyanyi Nasyid Kontemporari Malaysia