DOA BAYI BARU LAHIR

Kepada ibu ayah yang berdepan masalah anak susah nak tidur bolehlah amalkan surah Al Qadr ini. Baca surah ini dan memohon pada Allah supaya anak dapat tidur & tiup di ubun-ubunnya. Ini antara doa dan zikir berkesan yang berjaya tidurkan bayi yang merengek atau susah mahu tidur (dgn izin Allah).

Ada ibu yang stress sebab tak tahu punca kenapa anak menangis. Selain buat check up dengan doktor, ibu boleh amalkan zikir-zikir ni sebanyak-banyaknya:

1. HasbiAllahwanikmalwakil…
2. LahaulawalaQuataillabillahillaliilazim…
3. Astaghfirullahalazim…

Banyakkan juga mohon doa pada Allah… Selain tu, ibu boleh letakkan surah yaasin disebelah bantal anak.

Sebelum tidur, ibu atau ayah bacalah pada anak:
1. Ayat qursi
2. Al Fatihah
3. 3 Qul

dan memohon pada Allah agar keluarga sentiasa dilindungi dan dijauhi dari sebarang musibah dan gangguan syaitan.

Insya’allah.. Allah lindungi kita sekeluarga. Aamiin. Selain itu, boleh juga turut dengarkan Zikir Tidurkan Anak daripada Hud

 

Doa Ringkas & Mudah Untuk Bayi Baru Lahir

 

Doa Keselamatan dan Keberkatan:

“Ya Allah, lindungilah dan berkatilah bayi ini. Jadikanlah dia anak yang soleh/solehah, sihat dan kuat, serta berjaya di dunia dan akhirat. Amin.”

 

Doa untuk Kesihatan Bayi:

“Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik kepada bayi ini. Jauhkanlah dia dari segala penyakit dan bahaya. Amin.”

 

Doa untuk Kebahagiaan dan Rezeki Bayi:

“Ya Allah, limpahkanlah kebahagiaan dan rezeki yang melimpah kepada bayi ini. Jadikanlah hidupnya penuh dengan keberkatan dan kasih sayang. Amin.”

Semoga doa-doa ini dapat memberikan perlindungan dan keberkatan kepada bayi yang baru lahir.

 

Banyak lagi perkongsian di sini –> TEKAN DI SINI

Kredit: FB Page 9 Bulan 10 Hari